Monday, 24 August 2015

PENJAJAHAN BRITISH

PENGENALAN

         British mula campurtangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang. Pada 16 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu.

          Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campurtangan di NNMelayu secara langsung dengan memperkenalkan sistem Residen. Wujud 3 unit pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu NNS, NNMB dan NNMTB.




FAKTOR-FAKTOR CAMPURTANGAN INGGERIS

  1. FAKTOR EKONOMI
  • Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di Eropah (industri mengetin makanan)
  • Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah. Selangor dan Perak negeri pengeluar utama.
     2. FAKTOR KEADAAN ANARKI
  • Masalah perang saudara antara pembesar. Perang Saudara (1867-1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahadi di Selangor.
  • Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin 
  • Kegiatan pelanunan
      3. FAKTOR KEBIMBANGAN CAMPUR TANGAN KUASA-KUASA ASING
  • Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman.Mereka bersaing untuk meluaskan jajahan takluk masing-masing.
  • Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dengan Negeri-Negeri Melayu.



PERJANJIAN INGGERIS - BELANDA

          Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai pada 17 Mac 1824 di London. Antara faktor yang mendorong kepada perjanjian ini ialah persaingan perdagangan di Timur dan dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah. Inggeris berjaya meluaskan pengaruh di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia.

          Kesan penting kepada Perjanjian Inggeris-Belanda ialah :
  1. Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua pengaruh Inggeris dan Belanda.
  2. Perpecahan empayar Johor-Riau
  3. Persaingan perdagangan antara British dan Belanda bertambah sengit



CAMPUR TANGAN DI PERAK

Perak negeri Melayu terawal menerima kemasukan pengaruh politik British. British mengambil kesempatan daripada : 
  1. Perebutan takhta kerajaan Perak - pertingkahan antara Raja Yusof, Raja Ismail dan Raja Abdullah
  2. Pergaduhan kongsi gelap Cina - kongsi gelap Ghee hin dan Hai San ( Perang Larut)
Penyelesaian - Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara Kerajaan British dengan kerajaan Perak. Sistem residen pertama wujud di Perak 1875. J.W.W Birch dilantik menjadi Residen pertama di Perak.




CAMPUR TANGAN DI SELANGOR

         Masalah kutipan cukai di muara sungai dan masalah lanun di perairan Selangor. Pada Jun 1871, kapal saudagar Cina di rompak oleh pengikut Raja Mahadi. British hantar dua kapal Pluto dan Rinaldo serang kubu Raja Mahadi.British mengambil alih Selangor dan melantik J.G. Davidson sebagai residen pertama.




CAMPUR TANGAN DI SUNGAI UJONG DAN NEGERI SEMBILAN

        Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar berkaitan kuasa kutipan cukai bijih timah di sungai ujong. Semua daerah di negeri sembilan jatuh ke tangan British dan akhirnya menerima Residen pada tahun 1889 iaitu Martin Lister.




CAMPUR TANGAN DI PAHANG

        Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur (1884). Frank Swettenham di hantar ke Pahang untuk selesaikan masalah dan Sultan Ahmad menerima residen pertama Pahang J.P. Rodger pada 8 Oktober 1887.


22
Pegawai Inggeris Di Tanah Melayu
J.W.W Birch Frank Swettenham Stamford Raffles
(Perak) (Residen-Jeneral Pertama) (Singa...




SISTEM RESIDEN

      Bermula di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. British berkuasa di NNMB dalam aspek politik dan pentadbiran, ekonomi serta sosial. Maklamat Sistem Residen :

  1. Keamanan melalui undang-undang
  2. Sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur
  3. Ekonomi - eksploitasi sumber semulajadi - bijih timah




KESAN-KESAN SISTEM RESIDEN
  1. PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI
  • perusahaan bijih timah, getah, kopi
  • kemasukan buruh Cina dan India
  • sumber ekonomi dimonopoli oleh British
     2.  PERUBAHAN POLITIK
  • Sultan berkuasa pada Agama Islam dan adat-istiadat
  • Perubahan sistem pentadbiran - Residen berkuasa
     3.  PERKEMBANGAN SOSIAL
  • Infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan sebagainya




NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)

       Ditubuhkan pada 1826. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Diketuai oleh Gabenor - Robert Fullerton (pertama). Pada 1 April 1867 - Unit NNS di bawah pejabat tanah jajahan di London.



NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)

       Pada 1895,melalui Perjanjian Persekutuan - British tubuhkan NNMB iaitu empat negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Pada 1 Julai 1896, penubuhan NNMB telah berkuatkuasa secara rasmi. Diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral pertama Frank Swettenham.



NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU (NNMTB)

       Ditubuhkan pada 1909 melalui Perjanjian Bangkok. Negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Johor juga termasuk dalam NNMTB. Pada tahun 1914, Johor menerima seorang Penasihat British.




28
NNS
NNMB
NNMTB
PERAK
PAHANG
SELANGOR
NEGERI
SEMBILAN


31
Sistem Pentadbiran di Zaman Penjajahan Inggeris
Sistem Tahun Negeri-negeri Terbabit
Sistem Residen 1874-1889 Perak, Sel...



REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH

  1. PENENTANGAN DI NANING (1831-1832)
          Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi kepada British. Cadangan british ditentang oleh Dol Said (penghulu Naning). Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831. Naning diisytiharkan sebagai sebahagian wilayah Melakaa. Pada Februari 1834, Dol Said menyerah diri.


    2.  PENENTANGAN DI SELANGOR

         Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. Pada 1868, Sultan Selangor lantik Tengku Kudin dan bantu Raja Ismail merampas Klang. British campurtangan dan beri sokongan menetang Raja Mahadi. Walaupun hanya Perang saudara tetapi campurtangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan.


    3. PENENTANGAN DI PERAK
        
      A)  Sebab penentangan British di Perak :
  • British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan pembesar Melayu.
  • Paksa sultan tandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875
  • Pembaharuan oleh J.W.W Birch :
           i) hapus sistem perhambaan
          ii) beri perlindungan kepada hamba 
         iii) campurtangan dalam adat resam orang Melayu
  • Sikap peribadi Birch
           i) buat pembaharuan secara tergesa-gesa
          ii) tidak boleh berbahasa Melayu

      B) Dato Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pak Endut dan Seputum menentang British dan membunuh            Brich pada November 1875 di Pasir Salak. Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah              dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles.


   4. PENENTANGAN DI PAHANG

       Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem kerah.Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Disember 1891 dan serang balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling.Pemberontakan berakhir pada Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.


   5. PENENTANGAN DI KELANTAN 

      Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada British dan James Scott Mason - penasihat British Julai 1909. Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut). 
     
      Punca penentangan :
  1. Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
  2. Sistem Tanah Baru 1915
  3. Pengenalan cukai hasil pertanian 
  4. Sikap pegawai British
      Sikap Pegawai Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai. Tercetus pemberontakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915. Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.


   6. PENENTANGAN DI TERENGGANU

       Pemberontakan di Terengganu yang diketuai oleh Haji Abd Rahman Haji Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai Pemberontakan Tani pada 1928. Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat Daerah di Kuala Berang. Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abd Rahman Limbong di buang ke Makkah.

       Faktor pemberontakan Tani : 
  1. Pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala
  2. Perkenalkan sistem pendidikan Barat 
  3. Perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.

   7. PENENTANGAN DI SARAWAK

       Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinansti Brooke. Terdapat beberapa pemberontakan : 
       a) Rentap
         Pada 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee. Pada 1861, Brooke lancar serangan besar-besaran kubu rentap di Bukit Sadok.
       b) Banting
         Ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan Hapus adat dan amalan tradisi tempatan. Pada 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting.
       c) Sharif Masahor
         Penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sungai Rejang. Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sungai Rejang dilantik oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan Datuk Patinggi Abdul Gapur serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859. Serangan dapat dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi.
         d) Asun
           Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920, orang Dayak menetang pembayaran cukai dan memberontakan di Sungai Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun. Pada 1932, Asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.


      8. PENENTANGAN DI SABAH 

         Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British. Dua pemberontakan tercetus iaitu :

        a)Pemberontakan Mat Saleh
           Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan. Siri penentangan tercetus di Sungai Sugut (1894), serang pelabuhan Syarikat di pulau Gaya (1897). Akhirnya, Mat Saleh terbunuh pada tahun 1900.

        b) Kebangkitan Rundum
          Diketuai oleh Antanum pada 1915. Faktor pemberontakan - cukai ke atas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat membina jalan-jalan kecil di hutan. Pada Februari 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanum ditawan dan dihukum bunuh.


43
Gambar Tokoh Pejuang
Mat Kilau Mat Saleh
Tok Gajah Dato Bahaman



44
Dato Maharajalela dan Dato Sagor Rentap


45
Tokoh Pejuang Kemerdekaan Peringkat
Awal
Daerah/ Negeri Tokoh Pejuang
Naning Dol Said
Perak Dato Maharaja Lela, Dato Sa...


13 comments: