Penjajahan di Tanah Melayu
Monday, 31 August 2015
Monday, 24 August 2015
OBJEKTIF
- Menjelaskan kewujudan dan proses-proses penjajahan dari kuasa-kuasa asing serta kesan kepada masyarakat dan negara.
- menghuraikan semangat penentangan terhadap penjajah dan menilai kesan-kesan penjajahan
PENGENALAN PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU
Malaysia yang dikenali sekarang adalah sebuah Negara yang telah mencapai kemerdekaannya pada 31hb. Ogos 1957. Pada waktu iu ianya dikenali dengan nama Persekutuan Tanah Melayu atau Federation Of Malaya menurut Perjanjian 1948 di antara Raja-Raja Melayu degan kerajaan Inggeris. Sebelum perang setelah Inggeris bertapak kuat di negeri-negeri Melayu ini dipanggil dengan nama Semenanjung Tanah Melayu atau Malay Peninsular.
Dari sudut sejarah dan geografi, Semenanjung Tanah Melayu adalah salah satu negeri-negeri Melayu yang terletak dalam lingkungan gugusan pulau-pulau Melayu. Ianya diperintah dan ditadbir oleh raja-raja serta pembesar-pembesar Melayu.
Penjajah Barat yang pertama datang ke Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Melaka ialah bangsa Portugis. Pada awalnya mereka datang dalam tahun 1509 dengan tujuan untuk menjalankan perniagaan di samping menjalin tali persahabatan dengan kerajaan-kerajaan Melayu. Tetapi oleh kerana sikap tamak dan haloba menjadi kemegahan orang-orang barat untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya di negeri-negeri timur maka Portugis telah memerangi Melaka.
Disebabkan kekuatan politik orang-orang Melayu pada waktu itu mulai merosot, kelemahan pentadbirannya amat ketara pada mata peniaga-peniaga dari barat itu, Maka Portugis mngambil kesempatan dengan menggunakan krisis dalam negeri serta pengkhianatan dari anak-anak negeri dengan hasutan anasir-anasir luar bertambah pula yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan, Portugis telah Berjaya menakluki Melayu pada tahun 1511.
Setelah Portugis memerintah dan menjajah Melaka maka datang pula satu lagi kuasa penjajah barat iaitu Belanda yang tidak kurang rakusnya menjajah negeri-negeri timur. Dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor penjajah Belanda dapat mengalahkan Portugis di Melaka dalam tahun 1641.
Kemudian setelah beratus-ratus tahun Belanda menjajah bukan sahaja di negeri Semenanjung Tanah Melayu tetapi jugak di seluruh kepulauan Melayu yang lain, di mana dikenali kemudiannya sebagai Indonesia, maka penjajah Inggeris datang dan berjaya mengambil Melaka dari tangan Belanda melalui perjanjian pertukaran wilayah (seolah-olah negeri-negeri Melayu harta kepunyaan mereka pulak) pada tahun 1824.
Sehingga Inggeris dikalahkan oleh Jepun dalam bulan Disember 1941, semakin bersilih-ganti kuasa-kuasa asing menjajah Semenanjung Tanah Melayu. Jepun mula memerintah Negara kita dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Pentadbiran Jepun di Negara kita bercorak ketenteraan. Jepun menyerah kalah akibat pengeboman Hiroshima (6 Ogos 1945) dan Nagasaki (9 Ogos 1945) oleh Amerika Syarikat. Inggeris datang semula dalam bulan Ogos 1945 setelah tentera bersekutu berjaya mengalahkan Jepun serta menamatkan Peperangan Dunia Kedua.
Dari sudut sejarah dan geografi, Semenanjung Tanah Melayu adalah salah satu negeri-negeri Melayu yang terletak dalam lingkungan gugusan pulau-pulau Melayu. Ianya diperintah dan ditadbir oleh raja-raja serta pembesar-pembesar Melayu.
Penjajah Barat yang pertama datang ke Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Melaka ialah bangsa Portugis. Pada awalnya mereka datang dalam tahun 1509 dengan tujuan untuk menjalankan perniagaan di samping menjalin tali persahabatan dengan kerajaan-kerajaan Melayu. Tetapi oleh kerana sikap tamak dan haloba menjadi kemegahan orang-orang barat untuk mengaut keuntungan sebanyak-banyaknya di negeri-negeri timur maka Portugis telah memerangi Melaka.
Disebabkan kekuatan politik orang-orang Melayu pada waktu itu mulai merosot, kelemahan pentadbirannya amat ketara pada mata peniaga-peniaga dari barat itu, Maka Portugis mngambil kesempatan dengan menggunakan krisis dalam negeri serta pengkhianatan dari anak-anak negeri dengan hasutan anasir-anasir luar bertambah pula yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan, Portugis telah Berjaya menakluki Melayu pada tahun 1511.
Setelah Portugis memerintah dan menjajah Melaka maka datang pula satu lagi kuasa penjajah barat iaitu Belanda yang tidak kurang rakusnya menjajah negeri-negeri timur. Dengan bantuan Kerajaan Melayu Johor penjajah Belanda dapat mengalahkan Portugis di Melaka dalam tahun 1641.
Kemudian setelah beratus-ratus tahun Belanda menjajah bukan sahaja di negeri Semenanjung Tanah Melayu tetapi jugak di seluruh kepulauan Melayu yang lain, di mana dikenali kemudiannya sebagai Indonesia, maka penjajah Inggeris datang dan berjaya mengambil Melaka dari tangan Belanda melalui perjanjian pertukaran wilayah (seolah-olah negeri-negeri Melayu harta kepunyaan mereka pulak) pada tahun 1824.
Sehingga Inggeris dikalahkan oleh Jepun dalam bulan Disember 1941, semakin bersilih-ganti kuasa-kuasa asing menjajah Semenanjung Tanah Melayu. Jepun mula memerintah Negara kita dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Pentadbiran Jepun di Negara kita bercorak ketenteraan. Jepun menyerah kalah akibat pengeboman Hiroshima (6 Ogos 1945) dan Nagasaki (9 Ogos 1945) oleh Amerika Syarikat. Inggeris datang semula dalam bulan Ogos 1945 setelah tentera bersekutu berjaya mengalahkan Jepun serta menamatkan Peperangan Dunia Kedua.
KUASA-KUASA PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU
Portugis,Belanda,Inggeris dan Jepun adalah antara kuasa yang menjajah negara kita selama 446 tahun iaitu bermula dari tahun 1511 hingga 1957.
- Portugis (1511-1641)
- Belanda (1641-1824)
- Inggeris (1824-1941) dan (1945-1957)
- Jepun (1941-1945)
PENJAJAHAN PORTUGIS
Portugis menawan kota Melaka pada tahun 1511. Portugis berjaya menawan kota dan pelabuhan Melaka sahaja. Sultan Mahmud dan puteranya Raja Ahmad mengundur diri dan menyambung kesultanan Melayu ke negeri-negeri lain seperti Johor dan Perak. Secara keseluruhannya, Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu dari tahun 1511 hingga 1641. Wiruzai bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di Melaka iaitu Alfonso de Albuquerque. Bertanggungjawab membina sebuah kota iaitu A Famosa kerana melidungi melaka daripada serangan daripada Sultan Mahmud. Selain itu, Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk militer ataau ketenteraan. Ketuanya ialah Kapten Kota Melaka (dikenali segai Gabenor Selatan)yang dilantik oleh Raja Portugal yang bertugas selama tiga hingga empat tahun. Dipilih dalam kalangan Fidalgo, iaitu golongan bangsawan portugal.
Seorang Kapten Angkatan Laut dilantik sebagai timbalan kepada Kapten Kota. Golongan tentera pula diketuai olehKapten Jeneral yang berkhidmat setiap tiga tahun. beliau dibantu oleh golongan Feitor. Selain itu, sistem keadilan diletakkan dibawah Ketua Hakim. Dalam proses pentadbiran, Kapten Kota dan Timbalannya dibantu oleh Majlis Penasihat. Terdiri daripada tiga badan utama, iaitu Hal Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran Sivil dan Kewangan serta Pentadbiran Orang Tempatan.
Portugis cuba bertahan di Melaka walaupun sering mendapat ancaman daripada waris Sultan Mahmud Di Johor dan Aceh. Akhirnya Portugis tewas apabila diserang kuasa tempatan dari Johor yang mendapat bantuan dari Belanda 1641.Sepanjang pemerintahannya, Portugis melaksanakan beberapa sistem pentadbiran perdagangan. Seperti :
- Kapal-kapal pedagang diwajibkan membayar cukai enam hingga sepuluh peratus daripada hasil dagangan mereka.
- Setiap pedagang perlu mendapatkan pas kebenaran unuk berdagang terlebih dahulu.
- Portugis memonopoli barang-barang dagangan utama, tetapi membeli barangan tersebut dengan harga yang rendah dan menjualnya pada harga yang tinggi.
- Diskriminasi terhadap perdagang Islam.
Semasa zaman pendudukan Portugis, rantau Melayu telah menyaksikan era Peperangan Tiga penjuru, iaitu antara Portugis di Melaka, Aceh dan Johor. Masing-masing bersaing menguasai perdagangan di kepuluan Melayu. Disebabkan dasar-dasar Portugis yang tidak disenangi oleh pedagang-pedagang, perdagangan di pelabuhan Melaka merosot sehingga pelabuhan itu jatuh ke tangan Belanda. Walaupun Portugis menetap lama di Melaka tetapi Portugis tidak dapat meluaskan pengaruhnya. Faktor utamanya ialah untuk menyebarkan agama Kristian. Tetapi usahanya gagal akibat daripada pengukuhan agama Islam.
Beberapa kesan Portugis ialah kelaahiran masyarakat Serani hasil perkhawinan anatara orang tempatan dengan orang Portugis. Selain itu, kesan pengenalan tulisan Rumi dan penyerapan perkataan daripada bahasa bugis.
PENJAJAHAN BELANDA
Pada abad ke17, Belanda tiba di Asia Tenggara. Belanda bukanlah sekutu atau kawan Portugis dan ini menyebabkan Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka. Akhirnya pada tahun 1641, Belanda dan Johor berjaya menewaskan Portugis. Melaka kemudiannya menjadi milik Belanda sehinggalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani. Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles dilantik sebagai Gabenor Bengkulu di Sumatera Barat. Namun, ia yakin bahawa Inggeris diperlukan untuk mendirikan pangkalan baru di Asia Tenggara untuk bersaing dengan Belanda. Meskipun banyak di British East India Company menentang idea seperti itu, Raffles berjaya meyakinkan Lord Hastings ketua Syarikat, kemudian Gabenor Jeneral India, untuk menyokongnya. Dengan persetujuan gabenor jeneral, dia dan ekspedisi berangkat untuk mencari markas baru.Ekspedisi Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Ia terjumpa sebuah penempatan kecil Melayu di kuala Sungai Singapura yang dipimpin oleh seorang gabenor (Temenggung) Johor. Walaupun pulau itu ukuran dasar diperintah oleh kesultanan, situasi politik di sana sangat keruh. Sultan saat ini, Sultan Abdul Rahman, berada di bawah pengaruh Belanda dan Bugis. Oleh kerana itu, dia tidak akan pernah bersetuju untuk menubuhkan pangkalan British di Singapura. Namun, Tengku Abdul Rahman adalah penguasa hanya kerana abangnya, Tengku Hussein atau Tengku Long, telah pergi di Pahang berkahwin ketika bapa mereka meninggal dunia pada tahun 1812. Dia dilantik oleh Yam Tuan Muda Riau, Raja Jaafar kerana menurut dia, dalam tradisi Melayu, pengganti sultan itu harus berada di sisi sultan ketika sultan mangkat agar boleh dianggap sebagai penguasa baru. Namun hal ini harus diputuskan oleh Bendahara sebagai penjaga "adat".Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang, Bendahara Empayar Johor) sedar akan masalah ini dan memutuskan untuk bertindak. Dia telah menyiapkan armada kapal ke Riau untuk "memulihkan adat". Inggeris setelah mengetahui hal ini mengutus armada dan mengepung angkatan Bendahara Ali untuk menghalangnya pergi ke Riau. Dengan bantuan Temenggung, Raffles berjaya menyeludup Tengku Hussain , yang tinggal dalam buangan di salah satu Kepulauan Riau, kembali ke Singapura. Berdasarkan surat antara Tengku Hussain yang diutuskan kepada saudaranya (Sultan Abdul Rahman), ia berangkat ke Singapura kerana bimbang tentang keselamatan anaknya. Sayangnya dia ditangkap oleh Raffles dan dipaksa untuk membuat perjanjian. Perjanjian mereka menyatakan bahawa Inggeris akan mengakui Tengku Hussein sebagai 'penguasa sah' "Johor", dan dengan demikian Tengku Hussein dan Temenggung akan menerima gaji tahunan dari Inggeris itu. Sebagai ganjaran, Tengku Hussein akan membolehkan Raffles mendirikan pos perdagangan di Singapura. perjanjian ini telah disahkan pada 6 Januari 1819. Bendahara Ali diminta oleh Inggeris untuk mengakui Tengku Hussain sebagai Sultan yang sah. Namun, Belanda sangat tidak senang dengan tindakan Raffles. Ketegangan antara Belanda dan Inggeris di Singapura berterusan sehingga tahun 1824, ketika mereka menandatangani Perjanjian Anglo-Belanda.Menurut syarat-syarat perjanjian itu, Belanda secara rasmi menarik balik penentangan mereka terhadap kehadiran British di Singapura.Banyak sejarawan berpendapat bahawa perjanjian itu membahagikan lingkaran pengaruh antara Belanda dan Inggeris-Kesultanan Johor ke Johor moden dan kelahiran negeri baru Riau-Lingga selepas pemecatan Sultan terakhir dari Johor. Namun perjanjian ini ditandatangani diam-diam tanpa sepengetahuan bangsawan tempatan termasuk Sultan dan kerananya legitimasinya dipertanyakan. Hal ini serupa dengan Perang Dunia 2 persidangan di Yalta di mana Stalin, Roosevelt dan sekutu lain bersetuju untuk berkongsi dunia yang dikenal dalam blok-blok kuasa timur dan barat sementara Jerman dan Jepun masih berdaulat.Inggeris berjaya dikesampingkan pengaruh politik Belanda dengan mewartakan Tengku Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura untuk mendapatkan pengakuan hukum dalam lingkup pengaruh mereka di Singapura dan Semenanjung Malaysia. Legitimasi proklamasi Sultan Hussein sebagai Sultan Johor dan Singapura, adalah tidak diakui oleh semua pemerintah Melayu dan gelaran 'sultan'nya hanya sekadar nama. kedudukan Temenggong Abdul Rahman, di sisi lain, diperkuatkan sebagai penandatanganan perjanjian yang mengasingkannya dari pengaruh Raja Ja'afar (Yam Tuan Muda Riau).Sementara itu, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan Johor dan bersemayam di Pulau Lingga pada bulan November 1822, lengkap dengan alat-alat kebesaran diraja Empayar Johor. Sultan Abdul Rahman, seorang yang warak, menjadi puas hati dengan lingkup politik pengaruhnya di Lingga, di mana keluarganya terus mempertahankan rumah tangganya pentadbiran di bawah arahan Raja Ja'afar yang memerintah di bawah naungan dari Belanda.
PENJAJAHAN BRITISH
PENGENALAN
British mula campurtangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang. Pada 16 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu.
Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campurtangan di NNMelayu secara langsung dengan memperkenalkan sistem Residen. Wujud 3 unit pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu NNS, NNMB dan NNMTB.
FAKTOR-FAKTOR CAMPURTANGAN INGGERIS
CAMPUR TANGAN DI PERAK
CAMPUR TANGAN DI SELANGOR
Masalah kutipan cukai di muara sungai dan masalah lanun di perairan Selangor. Pada Jun 1871, kapal saudagar Cina di rompak oleh pengikut Raja Mahadi. British hantar dua kapal Pluto dan Rinaldo serang kubu Raja Mahadi.British mengambil alih Selangor dan melantik J.G. Davidson sebagai residen pertama.
CAMPUR TANGAN DI SUNGAI UJONG DAN NEGERI SEMBILAN
Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar berkaitan kuasa kutipan cukai bijih timah di sungai ujong. Semua daerah di negeri sembilan jatuh ke tangan British dan akhirnya menerima Residen pada tahun 1889 iaitu Martin Lister.
CAMPUR TANGAN DI PAHANG
Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur (1884). Frank Swettenham di hantar ke Pahang untuk selesaikan masalah dan Sultan Ahmad menerima residen pertama Pahang J.P. Rodger pada 8 Oktober 1887.
SISTEM RESIDEN
Bermula di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. British berkuasa di NNMB dalam aspek politik dan pentadbiran, ekonomi serta sosial. Maklamat Sistem Residen :
British mula campurtangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang. Pada 16 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu.
Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campurtangan di NNMelayu secara langsung dengan memperkenalkan sistem Residen. Wujud 3 unit pentadbiran British di Tanah Melayu iaitu NNS, NNMB dan NNMTB.
FAKTOR-FAKTOR CAMPURTANGAN INGGERIS
- FAKTOR EKONOMI
- Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di Eropah (industri mengetin makanan)
- Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah. Selangor dan Perak negeri pengeluar utama.
- Masalah perang saudara antara pembesar. Perang Saudara (1867-1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahadi di Selangor.
- Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin
- Kegiatan pelanunan
3. FAKTOR KEBIMBANGAN CAMPUR TANGAN KUASA-KUASA ASING
- Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman.Mereka bersaing untuk meluaskan jajahan takluk masing-masing.
- Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dengan Negeri-Negeri Melayu.
PERJANJIAN INGGERIS - BELANDA
Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai pada 17 Mac 1824 di London. Antara faktor yang mendorong kepada perjanjian ini ialah persaingan perdagangan di Timur dan dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah. Inggeris berjaya meluaskan pengaruh di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia.
Kesan penting kepada Perjanjian Inggeris-Belanda ialah :
- Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua pengaruh Inggeris dan Belanda.
- Perpecahan empayar Johor-Riau
- Persaingan perdagangan antara British dan Belanda bertambah sengit
Perak negeri Melayu terawal menerima kemasukan pengaruh politik British. British mengambil kesempatan daripada :
- Perebutan takhta kerajaan Perak - pertingkahan antara Raja Yusof, Raja Ismail dan Raja Abdullah
- Pergaduhan kongsi gelap Cina - kongsi gelap Ghee hin dan Hai San ( Perang Larut)
CAMPUR TANGAN DI SELANGOR
Masalah kutipan cukai di muara sungai dan masalah lanun di perairan Selangor. Pada Jun 1871, kapal saudagar Cina di rompak oleh pengikut Raja Mahadi. British hantar dua kapal Pluto dan Rinaldo serang kubu Raja Mahadi.British mengambil alih Selangor dan melantik J.G. Davidson sebagai residen pertama.
CAMPUR TANGAN DI SUNGAI UJONG DAN NEGERI SEMBILAN
Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar berkaitan kuasa kutipan cukai bijih timah di sungai ujong. Semua daerah di negeri sembilan jatuh ke tangan British dan akhirnya menerima Residen pada tahun 1889 iaitu Martin Lister.
CAMPUR TANGAN DI PAHANG
Pertikaian saudara antara Bendahara Wan Ahmad dengan Wan Mansur (1884). Frank Swettenham di hantar ke Pahang untuk selesaikan masalah dan Sultan Ahmad menerima residen pertama Pahang J.P. Rodger pada 8 Oktober 1887.
SISTEM RESIDEN
Bermula di Perak kemudian di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. British berkuasa di NNMB dalam aspek politik dan pentadbiran, ekonomi serta sosial. Maklamat Sistem Residen :
- Keamanan melalui undang-undang
- Sistem pentadbiran awam dan pungutan cukai teratur
- Ekonomi - eksploitasi sumber semulajadi - bijih timah
KESAN-KESAN SISTEM RESIDEN
- PEMBANGUNAN EKONOMI NEGERI
- perusahaan bijih timah, getah, kopi
- kemasukan buruh Cina dan India
- sumber ekonomi dimonopoli oleh British
2. PERUBAHAN POLITIK
- Sultan berkuasa pada Agama Islam dan adat-istiadat
- Perubahan sistem pentadbiran - Residen berkuasa
3. PERKEMBANGAN SOSIAL
- Infrastruktur jalan keretapi, jalan raya, pusat kesihatan, pos dan sebagainya
NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)
Ditubuhkan pada 1826. Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Diketuai oleh Gabenor - Robert Fullerton (pertama). Pada 1 April 1867 - Unit NNS di bawah pejabat tanah jajahan di London.
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)
Pada 1895,melalui Perjanjian Persekutuan - British tubuhkan NNMB iaitu empat negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Pada 1 Julai 1896, penubuhan NNMB telah berkuatkuasa secara rasmi. Diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral pertama Frank Swettenham.
NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU (NNMTB)
Ditubuhkan pada 1909 melalui Perjanjian Bangkok. Negeri terbabit ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Johor juga termasuk dalam NNMTB. Pada tahun 1914, Johor menerima seorang Penasihat British.
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PENJAJAHAN BRITISH
- PENENTANGAN DI NANING (1831-1832)
Naning merupakan sebahagian daripada Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 daripada hasil ekonomi kepada British. Cadangan british ditentang oleh Dol Said (penghulu Naning). Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831. Naning diisytiharkan sebagai sebahagian wilayah Melakaa. Pada Februari 1834, Dol Said menyerah diri.
2. PENENTANGAN DI SELANGOR
Perang Kelang tercetus disebabkan pertentangan antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. Pada 1868, Sultan Selangor lantik Tengku Kudin dan bantu Raja Ismail merampas Klang. British campurtangan dan beri sokongan menetang Raja Mahadi. Walaupun hanya Perang saudara tetapi campurtangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan.
3. PENENTANGAN DI PERAK
A) Sebab penentangan British di Perak :
- British dan Birch menyekat hak mengutip cukai oleh Sultan dan pembesar Melayu.
- Paksa sultan tandatangani surat penyerahan kuasa kepada kerajaan British 1875
- Pembaharuan oleh J.W.W Birch :
ii) beri perlindungan kepada hamba
iii) campurtangan dalam adat resam orang Melayu
- Sikap peribadi Birch
i) buat pembaharuan secara tergesa-gesa
ii) tidak boleh berbahasa Melayu
B) Dato Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pak Endut dan Seputum menentang British dan membunuh Brich pada November 1875 di Pasir Salak. Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles.
4. PENENTANGAN DI PAHANG
Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem kerah.Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Disember 1891 dan serang balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling.Pemberontakan berakhir pada Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.
5. PENENTANGAN DI KELANTAN
Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada British dan James Scott Mason - penasihat British Julai 1909. Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut).
Punca penentangan :
Penentangan bermula apabila British lantik J.P. Rodger sebagai Residen Pahang 1888. Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan), cukai tanah dan sistem kerah.Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Disember 1891 dan serang balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling.Pemberontakan berakhir pada Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.
5. PENENTANGAN DI KELANTAN
Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan diserahkan kepada British dan James Scott Mason - penasihat British Julai 1909. Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut).
Punca penentangan :
- Ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram
- Sistem Tanah Baru 1915
- Pengenalan cukai hasil pertanian
- Sikap pegawai British
Sikap Pegawai Daerah iaitu Che Abdul Latif menimbulkan kemarahan orang ramai. Tercetus pemberontakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915. Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.
6. PENENTANGAN DI TERENGGANU
Pemberontakan di Terengganu yang diketuai oleh Haji Abd Rahman Haji Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong) dikenali sebagai Pemberontakan Tani pada 1928. Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang balai Polis dan pejabat Daerah di Kuala Berang. Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abd Rahman Limbong di buang ke Makkah.
Faktor pemberontakan Tani :
- Pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai kepala
- Perkenalkan sistem pendidikan Barat
- Perkenalkan pas kebenaran untuk membuka tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan.
7. PENENTANGAN DI SARAWAK
Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh Dinansti Brooke. Terdapat beberapa pemberontakan :
a) Rentap
Pada 1853, Brooke hapuskan amalan memburu kepala manusia yang menjadi amalan tradisi orang peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee. Pada 1861, Brooke lancar serangan besar-besaran kubu rentap di Bukit Sadok.
b) Banting
Ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan Hapus adat dan amalan tradisi tempatan. Pada 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting.
c) Sharif Masahor
Penentangan berpunca daripada tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kawasan Sungai Rejang. Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sungai Rejang dilantik oleh Sultan Brunei. Beliau berpakat dengan Datuk Patinggi Abdul Gapur serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859. Serangan dapat dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi.
d) Asun
Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920, orang Dayak menetang pembayaran cukai dan memberontakan di Sungai Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun. Pada 1932, Asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.
8. PENENTANGAN DI SABAH
Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo Utara British. Dua pemberontakan tercetus iaitu :
a)Pemberontakan Mat Saleh
Mat Saleh berketurunan Bajau dan Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar-besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan. Siri penentangan tercetus di Sungai Sugut (1894), serang pelabuhan Syarikat di pulau Gaya (1897). Akhirnya, Mat Saleh terbunuh pada tahun 1900.
b) Kebangkitan Rundum
Diketuai oleh Antanum pada 1915. Faktor pemberontakan - cukai ke atas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat membina jalan-jalan kecil di hutan. Pada Februari 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanum ditawan dan dihukum bunuh.
PENJAJAHAN JEPUN
Penjajahan Jepun merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah negara kita. Walaupun Jepun menduduki negara kita selama 3 ½ tahun (15 Feb 1942-15 Ogos 1945), namun kesannya amat mendalam ke atas penduduk Tanah Melayu.
Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan dengan mengambil masa 70 hari sahaja. Serangan dimulakan melalui dua arah iaitu melalui pantai timur dan pantai barat. Rancangan utama Jepun adalah untuk menubuhkan Pemerintahan Baru Asia Timur Raya di mana pihak Jepun telah berjanji akan memberikan kemerdekaan kepada sesetengah negara di Asia Tenggara.
SEBAB KEMENANGAN TENTERA JEPUN
Ketidaksediaan Tentera British menghadapi peperangan
Ketidaksediaan Tentera British menghadapi peperangan
- Pihak British tidak bersedia untuk meghadapi peperangan. Mereka menyangka Jepun akan memulakan serangan dari arah selatan (dari Singapura) kerana pusat pentadbiran British di situ, tetapi Jepun sebenarnya memulakan serangan dari arah utara (di Kelantan) dan menakluk negeri-negeri Melayu satu persatu.
Kelemahan Pertahanan Laut British
- Jepun telah menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan tidak melalui udara seperti yang dijangkakan oleh kerajaan British. Pertahanan laut British sebenarnya terlalu lemah terutamanya apabila dua kapal perang mereka iaitu Prince of Wales dan Repulse telah ditenggelamkan oleh Jepun pada 10 Dis 1941 di perairan sebelah timur Semenanjung (Pahang).
Persediaan Peperangan Oleh Jepun
- Tentera Jepun telah membuat persediaan peperangan yang rapi di mana mereka mempunyai rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu. Mereka begitu bersedia untuk melancarkan serangan dengan membuat pengintipan sebelum memulakan serangan seperti menunggang basikal meskipun di kampung-kampung dan hutan, maklumat-maklumat tentang kubu British, landasan kapal terbang dan lokasi kem tentera.
Kelebihan Tentera Jepun
- Kelebihan tentera Jepun yang cukup terlatih, berpengalaman serta bersemangat tinggi dan mempunyai taktik peperangan yang cukup baik. Ini juga disebabkan oleh pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berpengalaman seperti Yamashita dan Tsuji. Ini bertentangan dengan sikap tentera British kerana sebahagian besar mereka terdiri daripada orang India yang masih muda dan tidak mempunyai pengalaman dalam peperangan.
Kelewatan Tentera Bantuan dari London dan India.
- Fenomena ini adalah berpunca akibat daripada masalah kewangan yang dihadapi oleh Kerajaan British.
PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Pada 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah Melayu dan pada 15 Feb 1942 seluruh Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan Jepun. Tanah Melayu dan Pulau Sumatera digabungkan di bawah 1 unit pentadbiran serta Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru dan Singapura sebagai Syonan.
Jepun telah memerintah Tanah Melayu bercirikan sistem ketenteraan dengan matlamat utama iaitu untuk memulihkan keadaan awam kerana mereka ingin memulihkan masyarakat tempatan yang sebelum ini huru-hara atau tidak aman ekoran daripada penentangan tentang pemerintah barat. Mereka ingin mewujudkan pemerintahan “Asia Untuk Orang Asia” dan memonopoli sumber ekonomi di Tanah Melayu yang akan digunakan untuk membantu masalah ekonomi yang sedang melanda negara Jepun pada waktu itu.
Secara tidak langsung ia bertujuan untuk menanggung perbelanjaan untuk membiayai tenteranya di Tanah Melayu dalam bentuk senjata, makanan dan kemudahan-kemudahan tentera. Mereka meletakkan seorang Gabenor Jepun dan membentuk sebuah Majlis Penasihat yang dianggotai oleh orang Jepun dan Majlis ini bertujuan untuk menggantikan Majlis Negeri yang ada sebelum ini. Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan semula kepada Siam pada bulan Ogos 1943.
KESAN PENDUDUKAN JEPUN
- Kesan Ekonomi
- Penduduk menderita kerana kekurangan makanan dan menggunakan pelbagai cara untuk hidup. Para petani dan nelayan telah dipaksa menjual hasil mereka kepada pihak Jepun. Perdagangan menjadi lumpuh dan nilai mata wang negara turut terjejas kerana pengedaran mata wang yang tidak terkawal.
2. Faktor Politik
- Wujud kesedaran politik dalam kalangan penduduk Tanah Melayu dan keyakinan untuk memerintah sendiri di kalangan Orang Melayu. Orang Cina dan India dengan ciri bangsa masing dan cenderung mengenai negara asal. Orang Cina juga kian aktif berpolitik dengan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) dan parti ini menjasi yang terkuat pada tahun 1945-1948.
3. Kesan Sosial
- Orang Cina telah ditindas, orang Melayu dan India menjadi buruh paksa. Orang Cina terpaksa lari ke pinggir hutan dan membuka petempatan baru. Berlaku permusuhan di antara orang Melayu dengan orang Cina dan sistem pendidikan Jepun diperkenalkan yang menekankan latihan akhlak daripada akademik.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu berlangsung 3 ½ tahun apabila mereka berundur pada 15 Ogos 1945. Apabila Jepun menyerah kalah, British mengambil masa 14 hari sebelum kembali semula ke Tanah Melayu.Dalam tempoh ini, PKM (Bintang Tiga) cuba menguasai Tanah Melayu dan mencetuskan huru hara.
Pada Sept 1945, British telah kembali semula ke Tanah Melayu dan berusaha untuk mengawal keadaan dan memerangi kumpulan Bintang Tiga. Beberapa rancangan telah diperkenalkan untuk memulihkan keadaan huru hara ini seperti pengisytiharan Darurat, Rancangan Briggs dan Rancangan Templer.
PENGISYTIHARAN DARURAT
Pada 16 Jun 1948, Sir Edward Gent Pesuruhjaya Tinggi British telah mengisytiharkan darurat bagi kawasan di Perak dan pada 17 Jun 1948, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu. Pengisytiharan Darurat dibuat kerana Parti Komunis Malaya (PKM) telah membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Perak.
Undang-undang Darurat 1948 telah memberi kuasa kepada polis dan tentera untuk menahan atau menangkap orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa perbicaraan. Pihak tentera juga mengadakan sekatan jalan raya dan perintah berkurung di kawasan dimana terdapatnya kegiatan komunis.
Sistem pendaftaran juga telah diperkenalkan dan melalui sistem ini, penduduk yang berumur 12 tahun ke atas mesti mendaftar dan mempunyai kad pengenalan diri. Dokumen ini penting sebagai identiti warganegara yang membezakan mereka dengan pengganas.
RANCANGAN BRIGGS
Rancangan Briggs diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs, bertujuan membanteras kegiatan komunis melalui strategi menempatkan kampung-kampung di pinggir hutan ke kampung baru dan melancarkan gerakan kelaparan.
Rancangan ini bertujuan menhalang penduduk Cina daripada membekalkan makanan dan perubatan dan memberikan maklumat kepada gerila komunis yang bersembunyi dalam hutan. Rancangan ini didapati berkesan dalam menggagalkan pemberontakan komunis kerana ia dapat melemahkan kegiatan Min Yuen dan seterusnya memaksa komunis keluar daripada hutan.
PERANG SARAF
Sir Gerald Templer telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada tahun 1952 menggantikan Sir Henry Gurney. Templer telah melancarkan perang saraf ke atas pengganas komunis dengan mengambil beberapa tindakan di antaranya;
- Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi orang bukan Melayu.
- Memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada anggota PKM yang menyerah diri.
- Memberi hadiah kepada mereka yang memberi maklumat mengenai pengganas komunis.
- Menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalkan perjuangan mereka.
- Di samping itu juga, beliau telah memperkenalkan sistem ‘kawasan putih’ dan ‘kawasan hitam’.
- Templer juga memperkenalkan konsep perintah berkurung di kawasan-kawasan tertentu ketika tentera memburu anggota komunis.
RUNDINGAN BALING
Setelah mengalami kemerosotan pengaruh akibat tindakan kerajaan membanterasnya, PKM terdorong untuk mengadakan perundingan dengan kerajaan. Rundingan ini telah diadakan di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Dis 1955 dan pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.
PKM menuntut kerajaan supaya mengiktirafnya sebagai parti yang sah di sisi undang-undang tetapi tuntutan ini telah ditolak. Rundingan ini gagal apabila pada waktu yang sama PKM juga menolak tawaran yang diberikan oleh kerajaan supaya PKM meletakkan senjata. Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan British telah berjaya melemahkan pengaruh PKM. Akhirnya, darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.
Saturday, 8 August 2015
KESIMPULAN
Secara keseimpulan, perluasan dasar imperialisme dan kolonialisme Barat telah dimulakan oleh Portugis, kemudian diikuti Belanda, Inggeris dan Jepun. Banyak perubahan telah berlaku di Tanah Melayu termasuk Sabah dan Sarawak dari segi politik, ekonomi dan sosial. Kemasukan penjajah juga telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat tempatan untuk menentang penjajah.
Subscribe to:
Posts (Atom)